Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2014

BELL'S PALSY ATAU LUMPUH OTOT MUKA

BELL’S PALSY ATAU LUMPUH OTOT MUKA Adakah anda pernah atau mengalami kelainan pada wajah seperti rasa kebas , sakit pada bahagian belakang telinga dan rasa kelainan pada lidah? Mungkin ini adalah salah satu punca serangan saraf muka yang dinamakan Bell’s Palsy. Ketahui tentang penyakit Bell’s Palsy ini dengan lebih lanjut Bell’s Palsy bukanlah sejenis penyakit strok tetapi ia adalah kelumpuhan pada sebelah wajah dimana wajah kita tidak boleh membuat sebarang pergerakkan. Bell’ Palsy hanya menyerang saraf wajah yg ketujuh (facial nerve)  tanpa mengganggu fungsi tubuh lain contohnya kaki dan tangan. Pergerakkan tangan dan kaki masih lagi boleh bergerak seperti yang biasa. Siapa yang berisiko menghadapi Bell’s Palsy? Sesiapa sahaja berisiko untuk menghadapi masalah ini tidak mengira gender. Kajian menunjukkan pesakit dilingkungan umur 10 hingga 40 tahun berisiko tinggi. Secara puratanya dalam 70:1. Biasanya Bell’s Palsy menyerang secara random pada kalangan yang b