Skip to main content

FROZEN SHOULDER /SAKIT BAHU/BAHU BEKU



FROZEN SHOULDER

Pernahkah anda mendengar tentang ‘bahu beku’ atau dikenali sebagai frozen shoulder?. Bahu beku merupakan satu keadaan di mana bahu tidak dapat digerakkan secara aktif baik oleh pesakit itu sendiri mahupun dengan bantuan orang lain atau doktor yang merawatnya.






Bahu beku terjadi apabila tisu-tisu yang mengelilingi sendi bahu menjadi radang atau inflamasi. Kapsul bahu akan menebal, membengkak, dan mengetat disebabkan oleh gumpalan tisu-tisu parut yang membentuk di dalam kapsul. Bahu beku terjadi apabila kapsul sendi bahu menjadi kurang anjal atau tebal disebabkan oleh proses inflamasi yang berlaku di dalam sendi bahu glenohumeral Hal ini akan menyebabkan pergerakan sendi bahu menjadi terhad dalam semua arah.




Penyakit ini biasanya terjadi tanpa sebab yang jelas. Selain itu, penghidap kencing manis juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini, disebabkan lebihan gula atau glukos yang akan melekat pada sel-sel dan merosakkan tisu-tisu konektif. Mereka yang baru menjalani pembedahan jantung juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini.


Simptom-Simptom Frozen Shoulder


  1. Pesakit biasanya akan mengadu di dalam bahu terasa berdenyut- denyut terutama pada waktu malam ataupun pada cuaca yang sejuk.
  2.  Selain itu,pesakit akan mengadu kesukaran untuk melakukan aktiviti-aktiviti mengangkat tangan melepasi kepala  dan membawa tangan ke belakang seperti menyisir rambut, menyarungkan kot, dan menyeluk poket.
  3. Pesakit juga berasa lenguh pada bahagian bahu, pangkal tengkuk, kebas-kebas lengan dan tangan serta tidak kuat untuk memegang barang, yang mungkin terlepas, seperti gelas.


Secara umumnya, bahu beku terbahagi kepada tiga peringkat:


  1. Peringkat menyakitkan: Bahu akan terasa kaku dan kesakitan mengiringi setiap pergerakan bahu. Ia kemudiannya menjadi bertambah sakit dan lebih teruk pada waktu malam. Keadaan ini boleh berlarutan di antara kira-kira tiga hingga lapan bulan.
  2. Peringkat perekat: Sakit mungkin berkurangan tetapi bahu menjadi lebih kaku manakala pergerakan bahu semakin berkurangan (empat hingga enam bulan). Elakkan pergerakan melampau yang boleh mencetuskan kesakitan. Bagaimanapun, pesakit boleh terus menggunakan bahunya seperti biasa.
  3. Peringkat pemulihan: Keadaan menjadi bertambah baik dan tidak begitu menyakitkan (satu hingga tiga bulan). Pada mulanya, amat sukar untuk menggerakkan bahu walau sedikit namun selepas seketika, kekakuan beransur hilang. Pesakit sudah boleh menggerakkan bahunya semula.

Doctor Management


Kebiasaanya, doktor akan memberi ubat penahan sakit hanya untuk mengurangkan sakit tetapi tidak membantu meningkatkan pergerakan sendi.

“Suntikan steroid dan lokal anestetik ke dalam sendi bahu glenohumeral dapat meredakan inflamasi, seterusnya mengurangkan sakit dan penderita dapat menjalankan rawatan fisioterapi intensif untuk menambah pergerakan bahu.





Rawatan Fisioterapi


Perlu dimulakan dari peringkat awal untuk memecahkan tisu-tisu yang melekat di sendi bahu. pakar fisioterapi akan memberi rawatan panas atau sejuk bergantung pada keadaan pesakit. Selain itu, fisioterapi akan mengajar senaman- senaman regangan untuk memanjangkan otot-otot yang telah menjadi pendek akibat tidak digunakan kerana kesakitan.dengan rawatan fisioterapi ini anda akan melgakan dan memudahkn lagi aktiviti harian anda..apa tunggu lagi kenapa perlu hidup menderita sedangkan kita boleh melegakan kesakitan itu..hubungi saya untuk temujanji 

Senaman pendulum juga adalah salah satu senaman yang boleh membantu pesakit untuk mengembalikan semula pergerakan bahu yang terhad dengan menggunakan berat semulajadi tangan.




                       Kinesiology Tape juga dapat membantu melegakan kesakitan anda


K.R.U. SPORT INJURY AND PHYSIOTHERAPY CENTRE

(OWNED BY FARAH PHYSIOTHERAPY)
TINGKAT BAWAH BANGGUNAN HAMIDAH,
JALAN CEMPAKA, KAMPUNG RAJA UDA ,
42000, PELABUHAN KLANG,
SELANGOR.

WAKTU OPERASI :
AHAD-RABU : 9:30am-5:30pm
KHAMIS :9:30-1:30pm
JUMAAT DAN CUTI AM (TUTUP)

UNTUK TEMUJANJI BOLEH HUBUNGI NO DI BAWAH

WHATAPPS/CALL/SMS

016-321 6704 (PN. FARAH)
0178253284 (MISS ZIELA)
017-378 9275 (MISS EYRA)


PAGE FB : K.R.U SPORT INJURY AND PHYSIOTHERAPY CENTRE


Comments

  1. terimakasih informasi seputar penyakit bahu beku nya,, saya kira cumu penyakit biasa ternyata juga sangat berbahaya...

    ReplyDelete
  2. penggunaan bahu yang terlalu aktif seperti mengetik terkadang juga membuat bahu menjadi terasa kaku, apakah itu juga termasuk bahu beku?

    ReplyDelete
  3. saat berada di ruangan dingin terkadang bahu juga sering ngilu, apakah itu gejala bahu beku juga?

    ReplyDelete
  4. latihan apa saja yang sebaiknya dilakukan oleh penderita bahu beku?

    ReplyDelete
  5. benar sekali bahu beku kerap membuat orang susah beraktivitas seperti mengangkat tangan atau sekedar membawa tangan ke belakang seperti menyisir rambut.

    ReplyDelete
  6. apa yang terjadi bila bahu beku makin prah? mungkinkah menyebabkan kelumpuhan?

    ReplyDelete
  7. Terapi apa yang baik untuk menangani bahu beku? soalnya bahu digerakkan saja sudah sakit sekali. terima kasih

    ReplyDelete
  8. Apakah cuaca yang dingin bisa memicu bahu beku makin parah? terkadang bahu makin terasa nyeri bila berada di lingkungan yang dingin.

    ReplyDelete

Post a Comment

Berminat untuk keterangan lanjut hubungi saya melalui whatsapp
www.wasap.my/60163216704

Popular posts from this blog

TERAPI BEKAM ANGIN DAN BEKAM DARAH

BEKAM ANGIN DAN DARAH BEKAM dalam Bahasa Arab dikenali dengan hijamah adalah proses mengeluarkan darah kotor atau angin dari dalam tubuh melalui kulit dengan menggunakan peralatan tertentu.Bekam sunnah adalah kaedah bekam yang diajarkan oleh Rasul SAW yang mana mempunyai bacaan-bacaan tertentu dan juga tempat-tempat serta masa-masa tertentu.                Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif. Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama. Seperti juga rawatan lain, amalan berbeka

CERVICAL SPONDYLOSIS (SAKIT TULANG LEHER)

CERVICAL SPONDYLOSIS Spondylosis serviks adalah keadaan yang biasa degeneratif (proses penuan tulang) menjejaskan tulang belakang serviks (tengkuk). Dalam kebanyakan kes, spondylosis serviks berlaku apabila cakera intervertebral menjadi nipis dengan usia atau kesan  kecederan seperti kemalangan beberapa tahun sebelumnya. Simptom-Simptom Terdapat banyak gejala yang biasanya disebabkan oleh spondylosis serviks, termasuk kebas di lengan, sakit di sekitar leher, sakit kepala dan pening, muntah, leher kekakuan(stiffness), dan mengurangkan pergerakan leher, dan lain-lain. Punca utama spondylosis serviks adalah postur yang buruk dalam tempoh yang panjangpada bila-bila masa.terutama sekali apabila anda banyak mengadap komputer terlalu lama (desk work). Kesakitan mungkin menjadi lebih teruk: Selepas berdiri atau duduk Pada waktu malam Apabila anda bersin, batuk, atau ketawa Apabila anda membengkok leher belakang atau berjalan lebih daripada beberapa ela sahaja Anda j