Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2013

STROKE/CVA /HEMIPLEGIA/ANGIN AHMAR

STROKE  Stroke atau lebih dikenali angin ahmar adalah satu keadaan dimana sel-sel otak mati disebabkan kekurangan oksigen. Stroke terbahagi kepada 2 jenis iaitu ischemic stroke yang disebabkan terdapat gumpalan darah ataupun terdapat halangan yang menganggu peredaran darah. Manakala, hemorrhagic stroke disebabkan arteri iaitu salur darah yang membawa darah ke otak menjadi pecah. Antara faktor-faktor penyebab penyakit ini adalah: Kolesterol yang tiggi 55 tahun ke atas Lelaki Tekanan darah tinggi Perokok Kencing manis Obesity Penyakit jantung Dalam beberapa minit sel-sel otak akn mati dan antara simptom-simptom awal stroke ini adalah : Otot muka, tangan dan kaki menjadi lemah atau kebas secara tiba- tiba terutama pada sebelah badan. Kehilangan deria rasa atau pergerakan menjadi terbatas  Kesukaran untuk bercakap atau untuk memahami percakapan. Sakit kepala yang teruk tanpa sebab yang diketahu