Skip to main content

STROKE/CVA /HEMIPLEGIA/ANGIN AHMAR

STROKE 

Stroke atau lebih dikenali angin ahmar adalah satu keadaan dimana sel-sel otak mati disebabkan kekurangan oksigen. Stroke terbahagi kepada 2 jenis iaitu ischemic stroke yang disebabkan terdapat gumpalan darah ataupun terdapat halangan yang menganggu peredaran darah. Manakala, hemorrhagic stroke disebabkan arteri iaitu salur darah yang membawa darah ke otak menjadi pecah.







Antara faktor-faktor penyebab penyakit ini adalah:


  1. Kolesterol yang tiggi
  2. 55 tahun ke atas
  3. Lelaki
  4. Tekanan darah tinggi
  5. Perokok
  6. Kencing manis
  7. Obesity
  8. Penyakit jantung


Dalam beberapa minit sel-sel otak akn mati dan antara simptom-simptom awal stroke ini adalah :


  1. Otot muka, tangan dan kaki menjadi lemah atau kebas secara tiba- tiba terutama pada sebelah badan.
  2. Kehilangan deria rasa atau pergerakan menjadi terbatas 
  3. Kesukaran untuk bercakap atau untuk memahami percakapan.
  4. Sakit kepala yang teruk tanpa sebab yang diketahui.
  5. Kesukaran untuk berjalan, mengawal keseimbangan ataupun koordinasi badan.
  6. Penglihatan menjadi kabur.

Apa yang ahli fisioterapi dapat membantu pesakit stroke ini?


  1. Meningkatkan keseimbangan ( balance ) dan koordinasi badan ketika duduk dan berjalan.
  2. Membantu pergerakan diatas katil.
  3. Membantu untuk mengembalikan pergerakan muka, tangan dan kaki yang lumpuh.
  4. Mengelakkan komplikasi lain akibat daripada strok seperti pneumonia dan kudis tekanan akibat terlalu lama berada diatas katil dan tidak bergerak





Apakah terapi dalam air atau hydrotherapy?


  1. Hydrotherapy adalah salah satu kaedah terapi yang telah digunakan secara meluas di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Terapi ini memerlukan pesakit merendamkan seluruh atau separuh badan di dalam air.
  2. Air mempunyai satu daya yang dipanggil buoyancy iaitu daya yang membolehkan sesuatu objek itu untuk terus terapung.
  3. Water buoyancy ini akan menyebabkan kita merasa lebih ringan apabila berada di dalam air berbanding ketika berada di darat.
  4. Hasilnya, apabila pesakit melakukan senaman di dalam air, ia memerlukan daya yang lebih sedikit berbanding jika melakukan senaman yang sama ketika di darat.
  5. Walaupun daya yang digunakan di dalam air adalah sedikit tetapi daya halangan di dalam air adalah lebih 14 kali ganda berbanding di darat.








Bagaimana terapi dalam air dapat membantu pesakit strok?


1. Mengurangkan kekejangan otot (spastic):

  • Ini dibuktikan dengan kajian yang dilakukan oleh Bovy pada tahun 1991, ke atas 10 orang pesakit.
  • Setelah berendam selama 20 minit di dalam air, spastic pada otot hamstring berkurang.

2. Meningkatkan koordinasi, keseimbangan badan, kekuatan otot. 

  • Air akan membantu untuk menyokong badan, dan ketakutan untuk jatuh adalah kurang berbanding ketika berada di darat.
  • Untuk pesakit strok yang telah lama tidak dapat bergerak di darat, berjalan di dalam air akan merupakan langkah pertama untuk meningkat keseimbangan badan.
  • Selain itu, pesakit juga akan di suruh untuk berdiri dari posisi duduk, yang mana lebih mudah dilakukan di dalam air. Oleh kerana air juga mempunyai daya halangan yang tinggi, dalam masa yang sama kekuatan otot juga dapat di latih.

3. Melatih dan menguatkan system kardiovaskular.


  • Water buoyancy akan membolehkan pesakit untuk mengekalkan pesakit untuk berdiri tegak.
  • Dengan itu, pesakit boleh berjalan kaki, dan pergerakan bicycling sementara terapung.
  • Selain itu, regangan juga lebih mudah dilakukan di dalam air.


Kini di klinik saya selain terapi di atas katil kami juga menwarkan kaedah terapi di dalam air kami akan melakukan terapi ini berselang seli di dalam tempoh rawatan .jika anda berminat boleh hubungi no di bawah . INSHAA ALLAH setiap penyakit ada penawarnya yang penting kita usaha dan tawakal padaNYA.


SEMOGA BERTEMU DI LAIN POST WASSALAM.


K.R.U. SPORT INJURY AND PHYSIOTHERAPY CENTRE

(OWNED BY FARAH PHYSIOTHERAPY)
TINGKAT BAWAH BANGGUNAN HAMIDAH,
JALAN CEMPAKA, KAMPUNG RAJA UDA ,
42000, PELABUHAN KLANG,
SELANGOR.

WAKTU OPERASI :
AHAD-RABU : 9:30am-5:30pm
KHAMIS :9:30-1:30pm
JUMAAT DAN CUTI AM (TUTUP)

UNTUK TEMUJANJI BOLEH HUBUNGI NO DI BAWAH

WHATAPPS/CALL/SMS

016-321 6704 (PN. FARAH)
0178253284 (MISS ZIELA)
017-378 9275 (MISS EYRA)


PAGE FB : K.R.U SPORT INJURY AND PHYSIOTHERAPY CENTRE

Comments

Popular posts from this blog

CERVICAL SPONDYLOSIS (SAKIT TULANG LEHER)

CERVICAL SPONDYLOSIS Spondylosis serviks adalah keadaan yang biasa degeneratif (proses penuan tulang) menjejaskan tulang belakang serviks (tengkuk). Dalam kebanyakan kes, spondylosis serviks berlaku apabila cakera intervertebral menjadi nipis dengan usia atau kesan  kecederan seperti kemalangan beberapa tahun sebelumnya. Simptom-Simptom Terdapat banyak gejala yang biasanya disebabkan oleh spondylosis serviks, termasuk kebas di lengan, sakit di sekitar leher, sakit kepala dan pening, muntah, leher kekakuan(stiffness), dan mengurangkan pergerakan leher, dan lain-lain. Punca utama spondylosis serviks adalah postur yang buruk dalam tempoh yang panjangpada bila-bila masa.terutama sekali apabila anda banyak mengadap komputer terlalu lama (desk work). Kesakitan mungkin menjadi lebih teruk: Selepas berdiri atau duduk Pada waktu malam Apabila anda bersin, batuk, atau ketawa Apabila anda membengkok leher belakang atau berjalan lebih daripada beberapa ela sahaja An...

PLANTAR FASCIITIS / SAKIT TUMIT / SAKIT TAPAK KAKI / HEEL PAIN /SAKIT TUMIT

PLANTAR FASCITIS / HEEL PAIN / SAKIT TUMIT Minggu lepas kami merawat ramai pesakit yang mengadu sakit di tapak kaki atau tumit . Jom saya terangkan serba sedikit tentang sakit yang menganggu anda ni. Plantar fasciitis biasanya menyebabkan sakit menusuk yang biasanya berlaku dengan langkah pertama anda pada waktu pagi. Semasa anda bangun dan bergerak lebih jauh, sakit biasanya berkurangan selapas itu , tetapi ia mungkin akan kembali lagi atau selepas banyak membuat aktiviti  seperti berjalan atau berlari atau bangun duduk. SIMPTOM Plantar fasciitis biasanya menyebabkan sakit menusuk di bahagian bawah kaki anda berhampiran tumit. Kesakitan akan meningkat apabila anda melangkah jalan pada waktu pagi selepas bangun tidur, tetapi kadang kala berdiri atau bangkit dari duduk juga boleh menyebabkan kesakitan. Kesakitan biasanya lebih teruk selepas rutin senaman, pada waktu anda melakukan aktiviti anda tidak akn merasa kesakitan tetapi dia akan datang selepas and...

SCOLIOSIS EXERCISE THERAPY/RAWATAN TULANG BENGKOK/SENAMAN SAKIT TULANG BELAKANG

SCOLIOSIS S CURVE THORACIC AND LUMBAR / TULANG BELAKANG BENGKOK 18 TAHUN MALE Salah 1 teknik rawatan yang saya akan beri kepada pesakit ialah 1 to 1 coaching exercise therapy.. teknik exercise therapy sangat berbeza dengan exercise for fitness .. exercise therapy ialah sesuatu yang pendekatan yang lebih kepada pergerakan latihan rawatan, di dalam video ini saya sedang mengajar pesakit saya ini postural exercise therapy bagi mengurangkan tulang belakang bengkok /scoliosis.. Jika anda mempunyai masalah yg sama boleh book appoinment anda hari ni ,supaya dapat mengelakan lagi banyak komplikasi pada masalah fizikal anda. ✔》sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan bersama kami , anda boleh datang ke klinik kami dialamat FARAH PHYSIOTHERAPY Pusat Aquatik Darul Ehsan Tingkat Bawah Bilik VIP Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor . 》📞📞 atau anda boleh membuat temujanji bersama kami di nombor www.wasap.my/60163216704 /PHYSIO (...