Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

TERAPI BEKAM ANGIN DAN BEKAM DARAH

BEKAM ANGIN DAN DARAH BEKAM dalam Bahasa Arab dikenali dengan hijamah adalah proses mengeluarkan darah kotor atau angin dari dalam tubuh melalui kulit dengan menggunakan peralatan tertentu.Bekam sunnah adalah kaedah bekam yang diajarkan oleh Rasul SAW yang mana mempunyai bacaan-bacaan tertentu dan juga tempat-tempat serta masa-masa tertentu.                Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif. Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama. Seperti juga rawatan lain, amalan berbeka