Skip to main content

TERAPI BEKAM ANGIN DAN BEKAM DARAH

BEKAM ANGIN DAN DARAH

BEKAM dalam Bahasa Arab dikenali dengan hijamah adalah proses mengeluarkan darah kotor atau angin dari dalam tubuh melalui kulit dengan menggunakan peralatan tertentu.Bekam sunnah adalah kaedah bekam yang diajarkan oleh Rasul SAW yang mana mempunyai bacaan-bacaan tertentu dan juga tempat-tempat serta masa-masa tertentu.







              
Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif.


Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama.



Seperti juga rawatan lain, amalan berbekam harus dimulakan dengan memeriksa badan pesakit. Bagi mereka yang arif soal berbekam mereka mampu mengetahui keadaan pesakit hanya dengan menekan urat tertentu di badan pesakit.



Daripada sentuhan , penyakit akan dapat dikesan melalui kehangatan bahagian kulit pesakit yang akan mengeluarkan haba. Kaedah yang kedua melalui pemerhatian. Melalui kaedah ini pesakit yang mempunyai masalah kesihatan didapati mempunyai tanda kemerahan dan bengkak yang berkilat di bahagian kulit. Kulit pesakit juga akan kelihatan kasar, tebal, berwarna hitam dan bertompok-tompok.


Bekam mempunyai banyak manfaat yang telah terbukti berkesan, antaranya



1.Boleh membersihkan darah dan meningkatkan aktiviti saraf

2.Memperbaiki aliran pembuluh darah.

3.Menghilangkan kejang-kejang dan luka dalaman pada otot.

4.Bermanfaat bagi penderita asma, pneumonia dan angina pectoris.

5.Bermanfaat ketika mengalami, luka dalaman di bahagian kepala dan wajah, migrain dan sakit gigi.

6.Ketika mengalami berbagai jenis penyakit mata dan rabun.

7.Ketika mengalami gangguan rahim dan berhentinya menstruasi bagi wanita.

8.Ketika terkena sengal, sciatica (pegal di pinggang), dan tulang.

9.Untuk mengatasi gangguan tekanan darah dan arterios-clerosis (pengapuran pembuluh darah).

10.Ketika mengalami sakit bahu, dada dan punggung.

11.Bermanfaat mengatasi kemalasan, kelesuan dan banyak tidur.

12.Bermanfaat mengatasi luka-luka, bisul, jerawat dan gatal-gatal di kulit.

13.Bermanfaat mengatasi pericarditis (radang selaput jantung) dan nephritis (radang ginjal) yang parah.

14.Bermanfaat mengatasi keracunan.

15.Bermanfaat mengatasi luka-luka bernanah.

16.pening kepala yang berpanjangan migrain,sakit pangkal bahu ,otot dan sendi









Siapakah yang tidak digalakkan berbekam darah?


Individu yang tidak digalakkan ialah wanita mengandung,wanita haid,wanita yang kerap gugur,individu yang terlalu lemah,orang tua uzur,pengidap kanser darah,pengidap tekanan darah rendah serius dan pengidap penyakit kulit serius.




Berapa kerap kita perlu mendapatkan rawatan bekam darah?


Bagi orang sihat,anda dianjurkan berbekam sebulan sekali dan bagi orang yang berpenyakit klinikal anda dianjurkan berbekam seminggu sekali

Apakah pantang larang selepas berbekam?


Anda dianjurkan tidak makan dan tidur selepas menjalani rawatan bekam.Untuk 2 jam berikutnya barulah anda boleh makan/tidur. Di galakan selepas berbekam untuk minum air bancuhan madu.




Bagaimana rawatan bekam berfungsi meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan manusia?


i) Darah kotor yang keluar dari tusukan jarum bekam adalah darah kotor yang mengandungi toksid,toksin,uric acid,kolestrol,angin,sel darah merah yang rosak dan juga unsur gangguan jin.Selepas berbekam kita akan terus terasa segar dan bertenaga kerana badan jadi ringan akibat pengeluaran toksid dari badan.


ii) Akibat tusukan jarum bekam pada titik tertentu akan meningkatkan hormon regenerasi sel.Hormon ini bertindak untuk memperbaiki fungsi organ tubuh/sel akibat kerosakan/kecederaan. Organ tubuh yang terganggu fungsinya akan disembuhkan dengan cara memperbaiki jaringan dan sel yang ada padanya sehingga mampu berfungsi dan sihat kembali.Contohnya kita berbekam pada titik jantung,hormon tersebut akan banyak dirembeskan pada kawasan jantung,jadi jika ada apa2 berlaku pada jantung pada masa-masa akan datang,sistem badan akan pantas secara auto memperbaiki/menstabilkan apa-apa kelemahan pada organ yang berkaitan jantung.



iii) Apabila berbekam,secara tak langsung akan meningkatkan sistem antibodi tubuh badan. Organ tubuh yang mengalami infeksi kuman penyakit dapat sembuh secara automatik kerana tubuh memproduksi zat antibodi yang mampu membunuh kuman penyakit yang membahayakan. Jika organ tubuh sudah bebas dari sebarang infeksi penyakit maka tubuh pun akan sihat kembali seperti biasa.

KELEBIHAN BERBEKAM DI PUSAT FISIOTERAPI KAMI

Selain menyediakan tempat yang selesa untuk terapi ,anda juga akan di rawat oleh pakar fisioterapi yang bertauliah dari universiti dan terlatih untuk melakukan prosedur bekam ini.kami juga boleh melakukan diagnosis/mengesan punca kesakitan dengan terperinci semasa proses rawatan pemeriksaan kesihatan ini.

PUSAT FISIOTERAPI KAMI AMAT MENGUTAMAKAN KEBERSIHAN PESAKIT DAN PERALATAN KAMI


Jesteru itu untuk memastikan keselamatan pesakit DARI PENYAKIT BERJANGKIT DAN HYGINE kami hanya mengunakkan SINGLE USE CUP dan JARUM dimana cup DAN JARUM yang di gunakan semasa berbekam tidak akan di kongsi DENGAN PESAKIT LAIN









K.R.U. SPORT INJURY AND PHYSIOTHERAPY CENTRE

(OWNED BY FARAH PHYSIOTHERAPY)
TINGKAT BAWAH BANGGUNAN HAMIDAH,
JALAN CEMPAKA, KAMPUNG RAJA UDA ,
42000, PELABUHAN KLANG,
SELANGOR.

WAKTU OPERASI :
AHAD-RABU : 9:30am-5:30pm
KHAMIS :9:30-1:30pm
JUMAAT DAN CUTI AM (TUTUP)

UNTUK TEMUJANJI BOLEH HUBUNGI NO DI BAWAH

WHATAPPS/CALL/SMS

016-321 6704 (PN. FARAH)
0178253284 (MISS ZIELA)
017-378 9275 (MISS EYRA)


PAGE FB : K.R.U SPORT INJURY AND PHYSIOTHERAPY CENTRE

Comments

  1. KISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM

    Assalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih

    ReplyDelete

Post a Comment

Berminat untuk keterangan lanjut hubungi saya melalui whatsapp
www.wasap.my/60163216704

Popular posts from this blog

FROZEN SHOULDER /SAKIT BAHU/BAHU BEKU

FROZEN SHOULDER Pernahkah anda mendengar tentang ‘bahu beku’ atau dikenali sebagai frozen shoulder?. Bahu beku merupakan satu keadaan di mana bahu tidak dapat digerakkan secara aktif baik oleh pesakit itu sendiri mahupun dengan bantuan orang lain atau doktor yang merawatnya. Bahu beku terjadi apabila tisu-tisu yang mengelilingi sendi bahu menjadi radang atau inflamasi. Kapsul bahu akan menebal, membengkak, dan mengetat disebabkan oleh gumpalan tisu-tisu parut yang membentuk di dalam kapsul. Bahu beku terjadi apabila kapsul sendi bahu menjadi kurang anjal atau tebal disebabkan oleh proses inflamasi yang berlaku di dalam sendi bahu glenohumeral Hal ini akan menyebabkan pergerakan sendi bahu menjadi terhad dalam semua arah. Penyakit ini biasanya terjadi tanpa sebab yang jelas. Selain itu, penghidap kencing manis juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini, disebabkan lebihan gula atau glukos yang akan melekat pada sel-sel dan merosakkan t

CERVICAL SPONDYLOSIS (SAKIT TULANG LEHER)

CERVICAL SPONDYLOSIS Spondylosis serviks adalah keadaan yang biasa degeneratif (proses penuan tulang) menjejaskan tulang belakang serviks (tengkuk). Dalam kebanyakan kes, spondylosis serviks berlaku apabila cakera intervertebral menjadi nipis dengan usia atau kesan  kecederan seperti kemalangan beberapa tahun sebelumnya. Simptom-Simptom Terdapat banyak gejala yang biasanya disebabkan oleh spondylosis serviks, termasuk kebas di lengan, sakit di sekitar leher, sakit kepala dan pening, muntah, leher kekakuan(stiffness), dan mengurangkan pergerakan leher, dan lain-lain. Punca utama spondylosis serviks adalah postur yang buruk dalam tempoh yang panjangpada bila-bila masa.terutama sekali apabila anda banyak mengadap komputer terlalu lama (desk work). Kesakitan mungkin menjadi lebih teruk: Selepas berdiri atau duduk Pada waktu malam Apabila anda bersin, batuk, atau ketawa Apabila anda membengkok leher belakang atau berjalan lebih daripada beberapa ela sahaja Anda j