PLANTAR FASCITIS / HEEL PAIN / SAKIT TUMIT Minggu lepas kami merawat ramai pesakit yang mengadu sakit di tapak kaki atau tumit . Jom saya terangkan serba sedikit tentang sakit yang menganggu anda ni. Plantar fasciitis biasanya menyebabkan sakit menusuk yang biasanya berlaku dengan langkah pertama anda pada waktu pagi. Semasa anda bangun dan bergerak lebih jauh, sakit biasanya berkurangan selapas itu , tetapi ia mungkin akan kembali lagi atau selepas banyak membuat aktiviti seperti berjalan atau berlari atau bangun duduk. SIMPTOM Plantar fasciitis biasanya menyebabkan sakit menusuk di bahagian bawah kaki anda berhampiran tumit. Kesakitan akan meningkat apabila anda melangkah jalan pada waktu pagi selepas bangun tidur, tetapi kadang kala berdiri atau bangkit dari duduk juga boleh menyebabkan kesakitan. Kesakitan biasanya lebih teruk selepas rutin senaman, pada waktu anda melakukan aktiviti anda tidak akn merasa kesakitan tetapi dia akan datang selepas anda be
Farah Physiotherapy Centre Pusat Aquatik Darul Ehsan Tingkat Bawah Bilik VIP Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor 016-321 6704 https://goo.gl/maps/JbJsJfV32uN2 40100 Shah Alam, Malaysia