Skip to main content

PLANTAR FASCIITIS / SAKIT TUMIT / SAKIT TAPAK KAKI / HEEL PAIN /SAKIT TUMIT

PLANTAR FASCITIS / HEEL PAIN / SAKIT TUMIT


Minggu lepas kami merawat ramai pesakit yang mengadu sakit di tapak kaki atau tumit . Jom saya terangkan serba sedikit tentang sakit yang menganggu anda ni.
Plantar fasciitis biasanya menyebabkan sakit menusuk yang biasanya berlaku dengan langkah pertama anda pada waktu pagi. Semasa anda bangun dan bergerak lebih jauh, sakit biasanya berkurangan selapas itu , tetapi ia mungkin akan kembali lagi atau selepas banyak membuat aktiviti seperti berjalan atau berlari atau bangun duduk.


SIMPTOM


Plantar fasciitis biasanya menyebabkan sakit menusuk di bahagian bawah kaki anda berhampiran tumit. Kesakitan akan meningkat apabila anda melangkah jalan pada waktu pagi selepas bangun tidur, tetapi kadang kala berdiri atau bangkit dari duduk juga boleh menyebabkan kesakitan. Kesakitan biasanya lebih teruk selepas rutin senaman, pada waktu anda melakukan aktiviti anda tidak akn merasa kesakitan tetapi dia akan datang selepas anda berehat dari aktiviti seperti berlari ,berdiri terlalu lama atau berjalan terlalu lama

 


Punca SAKIT

Kebiasaannya, fascia plantar anda bertindak seperti absorber yang menyerap kejutan, yang menyokong lengkungan di kaki anda. Jika ketegangan dan stres pada absorber itu menjadi terlalu terbeban, koyakan halus boleh terjadi di fascia. keteganggan dan koyakan ini boleh menyebabkan fascia menjadi keradangan.ini akan mengakibatkan kesakitan akan terjadi dan kaki akn mulai panas dan kurang selesa.




SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGHADAPI?


Walaupun plantar fasciitis boleh timbul tanpa sebab yang jelas, faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mengalami plantar fasciitis termasuk:


Faktor Umur.
Plantar fasciitis kebiasaanya di hidapi pesakit di antara umur 40 dan 60 tahun


Sesetengah Jenis senaman.
Aktiviti yang menimbulkan banyak tekanan pada tumit dan tisu kaki, seperti lari jarak jauh (marathon,ironman,trail run) aktiviti lompat balistik, tarian balet dan tarian aerobik - boleh menyumbang kepada jangkitan awal plantar fasciitis.

Mekanik kaki /Bentuk kaki.

Tapak kaki rata, mempunyai arch atau pemukaan tapak  yang tinggi atau bahkan mempunyai corak yang tidak normal akan mempengaruhi corak atau patern berjalan seseorang,ia juga boleh mempengaruhi bagaimana sesorant itu meletakkan berat badan pada tapak kaki apabila anda berdiri dan menambah tekanan pada plantar fascia.


Obesiti.
Lebihan berat badan akan meletakkan tekanan tambahan pada fascia plantar anda.

Pekerjaan
Pekerjaan yang banyak berdiri seperti :

Pekerja kilang, guru dan individu yang menghabiskan sebahagian besar jam kerja mereka berjalan atau berdiri di atas permukaan keras, boleh merosakkan fascia plantar mereka.

Komplikasi

Mengabaikan kesakitan plantar fasciitis boleh mengakibatkan sakit tumit kronik yang menghalang aktiviti biasa anda. lama kelamaan anda akan Mengubah cara anda berjalan untuk mengurangkan kesakitan,ini akan mengakibatkan plantar fasciitis mungkinmenjadi sebab anda mengalami masalah kaki, lutut, pinggul atau belakang.



Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda?

Rawatan fisioterapi boleh membantu anda untuk mengurangkan kesakitan dengan pelbagai teknik rawatan 
Hot/cold
Manual manipulation 
Electrotherapy
Excercise therapy 
Dll








Berminat nak membuat pemeriksaan lengkap tentang kaki anda boleh datang ke :


Farah Physiotherapy Centre Pusat Aquatik Darul Ehsan
Tingkat Bawah Bilik VIP 
Jalan Aerobik 13/43, 
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor 016-321 6704
Atau wasap saya terus untuk keterangan lanjut 


Comments

  1. "Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
    minimal depo dan wd cuma 20 ribu
    dengan 1 userid sudah bisa bermain 9 games
    ayo mampir kemari ke Website Kami ya www.arenadomino.com

    Wa :+855964967353
    Line : arena_01
    WeChat : arenadomino
    Yahoo! : arenadomino"

    ReplyDelete

Post a Comment

Berminat untuk keterangan lanjut hubungi saya melalui whatsapp
www.wasap.my/60163216704

Popular posts from this blog

TERAPI BEKAM ANGIN DAN BEKAM DARAH

BEKAM ANGIN DAN DARAH BEKAM dalam Bahasa Arab dikenali dengan hijamah adalah proses mengeluarkan darah kotor atau angin dari dalam tubuh melalui kulit dengan menggunakan peralatan tertentu.Bekam sunnah adalah kaedah bekam yang diajarkan oleh Rasul SAW yang mana mempunyai bacaan-bacaan tertentu dan juga tempat-tempat serta masa-masa tertentu.                Walaupun perkembangan industri kecantikan dan penjagaan diri semakin canggih, terbukti bekam masih menjadi tumpuan sebagai rawatan alternatif bagi memberi keseimbangan tubuh badan. Ia mampu menyembuhkan kira-kira 72 jenis penyakit dan disenaraikan sebagai kaedah rawatan alternatif. Seiring perubahan zaman, jika dulu kaedah berbekam menggunakan pelbagai alat seperti tanduk kerbau, gading gajah, batang buluh dan gelas. Kini, teknologi bekam menggunakan alat lebih moden dan ringkas menerusi berbentuk gelas dibuat daripada kaca yang bersih dan bebas hama. Seperti juga rawatan lain, amalan berbeka

FROZEN SHOULDER /SAKIT BAHU/BAHU BEKU

FROZEN SHOULDER Pernahkah anda mendengar tentang ‘bahu beku’ atau dikenali sebagai frozen shoulder?. Bahu beku merupakan satu keadaan di mana bahu tidak dapat digerakkan secara aktif baik oleh pesakit itu sendiri mahupun dengan bantuan orang lain atau doktor yang merawatnya. Bahu beku terjadi apabila tisu-tisu yang mengelilingi sendi bahu menjadi radang atau inflamasi. Kapsul bahu akan menebal, membengkak, dan mengetat disebabkan oleh gumpalan tisu-tisu parut yang membentuk di dalam kapsul. Bahu beku terjadi apabila kapsul sendi bahu menjadi kurang anjal atau tebal disebabkan oleh proses inflamasi yang berlaku di dalam sendi bahu glenohumeral Hal ini akan menyebabkan pergerakan sendi bahu menjadi terhad dalam semua arah. Penyakit ini biasanya terjadi tanpa sebab yang jelas. Selain itu, penghidap kencing manis juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini, disebabkan lebihan gula atau glukos yang akan melekat pada sel-sel dan merosakkan t

CERVICAL SPONDYLOSIS (SAKIT TULANG LEHER)

CERVICAL SPONDYLOSIS Spondylosis serviks adalah keadaan yang biasa degeneratif (proses penuan tulang) menjejaskan tulang belakang serviks (tengkuk). Dalam kebanyakan kes, spondylosis serviks berlaku apabila cakera intervertebral menjadi nipis dengan usia atau kesan  kecederan seperti kemalangan beberapa tahun sebelumnya. Simptom-Simptom Terdapat banyak gejala yang biasanya disebabkan oleh spondylosis serviks, termasuk kebas di lengan, sakit di sekitar leher, sakit kepala dan pening, muntah, leher kekakuan(stiffness), dan mengurangkan pergerakan leher, dan lain-lain. Punca utama spondylosis serviks adalah postur yang buruk dalam tempoh yang panjangpada bila-bila masa.terutama sekali apabila anda banyak mengadap komputer terlalu lama (desk work). Kesakitan mungkin menjadi lebih teruk: Selepas berdiri atau duduk Pada waktu malam Apabila anda bersin, batuk, atau ketawa Apabila anda membengkok leher belakang atau berjalan lebih daripada beberapa ela sahaja Anda j