Skip to main content

KECEDERAAN MENISCUS

KECEDERAAN MENISKUS/MENISCUS INJURY


Dewasa ini, seiring dengan perkembangan sukan di dunia, ramai di antara kita menjadikan sukan sebagai karier utama ataupun sebagai salah satu hobi.Lazimnya,kecederaan lutut adalah kecederaan yang biasa di alami oleh para atlet dan mereka yang aktif bersukan. Ini adalah kerana, lutut merupakan sendi sinovial yang terbesardan paling kompleks di dalam tubuh. Terdapat banyak struktur di dalam lutut boleh mengalami kecederaan dan kerosakan tetapi artikel kali ini akan ditumpukan kepada kecederaan pada meniskus sahaja..TETAPI ADA JUGA SESETENGAH PESAKIT SAYA MENDAPAT KECEDERAAN MENICUS INI AKIBAT DARI JATUH,OSTEOARTHIRITIS (keradangan sendi) atau pon kemalangan kereta.




Secara umumnya, sendi lutut terdiri daripada artikulasi antara femur(tulang peha), tibia(tulang betis) dan juga artikulasi antara patella (tempurung lutut) dan femur. Meniskus adalah salah satu kompenan penting di dalam sendi lutut. Meniskus merupakan jaringan fibrokartilago yang berbentuk seperti huruf c, terletak di antara femur dan tibia. kecederaan meniskus merupakan cedera yang sering terjadi pada olahraga yang banyak melibatkan gerakan seperti mencangkung, melompat dan berpusing secara mendadak dan berlebihan. Meniskus berfungsi seperti kusyen, ia akan bertindak memperlebarkan dan memperdalamkan kontak antara femur dan tibia, seterusnya mengurangkan tekanan pada kartilago artikular. Selain itu, ia juga akan menyebarkan beban yang diterima dan menstabilkan sendi dan fungsi lubrikasi pada cairan lutut.

Antara sebab-sebab berlaku kecerderaan pada meniskus


1.Bagi gelongan muda kecerderaan meniskus adalah daripada kecerderaan sukan
2.Bagi mereka berusia pula ia mungkin disebabakan proses degenerasi iaitu apabila meningkatnya umur seseorang meniskus akan mudah terkoyak disebabkan kartilago melemah dan menjadikan meniskus samakin menipis.


Simptom-simptom Meniskus koyak

1.Sewaktu kecerderaan bunyi 'pop' akan kedengaran
2.Jika tahap kekoyakan tidak serius, pesakit masih boleh berjalan dan menggerakkan kaki tetapi selepas 2 ke 3 hari, lutut akan membengkak dan menjadi ketat.
3.Lutut berasa seperti mengunci.
4.Pergerakan terbatas.              
               


Bagaimana kecerderaan Meniskus boleh dirawat?

1.Rehat,ice,balut lutut dengan bandage elastik dan tinggikan kaki ketika berbaring.
2.Rawatan fisiotrapi.
3.rawatan pembedahan untuk membaiki meniskus.
4.Rawatan untuk menggantikan meniskus yang koyak.

Apakah komplikasi jika kecederaan meniskus ini tidak di rawat?

Pesakit akan berisiko tinggi untuk mendapat penyakit osteoarthrittis, kesan daripada kelemahan sendi lutut dan otot- otot yang menyokongnya. Lutut akan menerima beban yang  lebih tinggi daripada kemampuannya,seterusnya akan menghasilkan daya geseran yang berlebihan.

Bagaimana rawatan fisioterapi dapat membantu?

Terlebih dahulu ahli fisioterapi akan memeriksa keadaan pesakit, untuk mengetahui sejauh mana tahap kecederaan meniskus yang dialami oleh pesakit. Menjalani rawatanfisioterapi adalah sangat penting untuk mengelakkan daripada terjadinya komplikasi lain. Fungsi rehabilitasi adalah untuk mengembalikan pergerakan yang terbatas, kekuatan otot-otot yang telah melemah dan daya ketahanan pada lutut.

Jika pesakit yang menjalani pembedahan, lazimnya doktor akan menasihatikan pesakit supaya tidak menggerakkan lutut dan kaki dalam satu tempoh masa yang lama. Ini akan diikuti dengan waktu dimana pergerakan akan menjadi terbatas disebabkan oleh otot-otot dan salur darah yang tercedera dan menjadi ketat dalam proses penyembuhan. Dalam hal ini,fisioterapi berperanan untuk merangka dan menunjukkan senaman-senaman yang bersesuaian mengikut tempoh kecederaaan dan keadaan pesakit.        

Selain itu, fisioterapi juga berperanan untuk mengelakkan daripada terjadinya komplikasi lain akibat daripada kecederaan meniskus seperti osteoarthritis dan mengelakkan pesakit daripada mempercepatkan proses degenarasi berlaku pada sendi lutut.




            
 Ultrasound machine boleh membantu mempercepatkan penyembuhan tisu lembut yang koyak




K.R.U. SPORT INJURY AND PHYSIOTHERAPY CENTRE

(OWNED BY FARAH PHYSIOTHERAPY)
TINGKAT BAWAH BANGGUNAN HAMIDAH,
JALAN CEMPAKA, KAMPUNG RAJA UDA ,
42000, PELABUHAN KLANG,
SELANGOR.

WAKTU OPERASI :
AHAD-RABU : 9:30am-5:30pm
KHAMIS :9:30-1:30pm
JUMAAT DAN CUTI AM (TUTUP)

UNTUK TEMUJANJI BOLEH HUBUNGI NO DI BAWAH

WHATAPPS/CALL/SMS

016-321 6704 (PN. FARAH)
0178253284 (MISS ZIELA)
017-378 9275 (MISS EYRA)


PAGE FB : K.R.U SPORT INJURY AND PHYSIOTHERAPY CENTRE

Comments

  1. Sy pesakit saraf leher.. kebas belakang tengkuk bahu bahkan tangan smpi kaki.. setiap bln kna pegi fisioterapi kat hospital.. takde perubahan..

    ReplyDelete
  2. Sy pesakit saraf leher.. kebas belakang tengkuk bahu bahkan tangan smpi kaki.. setiap bln kna pegi fisioterapi kat hospital.. takde perubahan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Berminat untuk keterangan lanjut hubungi saya melalui whatsapp
www.wasap.my/60163216704