Skip to main content

FROZEN SHOULDER-ARTICLE IN KOSMO 2010

Sindrom bahu beku juga terjadi apabila seseorang jarang menggunakan bahunya yang sakit.SELEPAS berhenti daripada bermain ragbi beberapa tahun lalu, Rizal terpaksa menggunakan tangan kirinya sahaja bagi mengangkat barang mahupun telefon. Rizal pasti mengaduh kesakitan jika menggunakan tangan kanan.Keadaan lebih sukar buat lelaki berusia awal 30-an ini apabila dia tidak mampu mengangkat tangan kanannya untuk mengenakan butang baju apatah mencapai barang di tempat yang tinggi. 

“Akibat sakit bahu ini, pergerakan tangan kanan saya sangat terbatas. Ia tidak boleh digerakkan ke semua arah sama ada ke depan, belakang, sisi apatah lagi gerakan berputar.
“Ia turut terasa berdenyut dan kebas termasuk ketika tidur,” kata Rizal.


SELAIN bertemu doktor dan pakar fisioterapi, pesakit boleh melakukan sendiri terapi fizikal seperti regangan.











Menurut Perunding Fisioterapi di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Kuala Lumpur, Siti Farah Aini Jamaludin, keadaan yang dialami Rizal itu dikenali sebagai bahu beku atau frozen shoulder.
Pesakit yang mengalami kesakitan ini akan berasa lenguh pada bahagian bahu, pangkal tengkuk, kebas lengan dan tangan serta tidak kuat untuk memegang barang.
“Bahu beku terjadi apabila kapsul sendi bahu menjadi tebal disebabkan oleh proses inflamasi di dalam sendi bahu glenohumeral.
“Ini menyebabkan sendi bahu yang disokong sendi glenohumeral tidak dapat digerakkan sepenuhnya ke semua arah,” ujarnya.
Tambah Siti Farah, masalah bahu beku selalunya berlaku di sebelah bahu sahaja pada satu-satu masa.
Namun, faktor masa dan kecederaan lain mungkin menyebabkan sesetengah pesakit menderita sakit di kedua-dua belah bahu.
Radang dalam sendi menyebabkan kapsul sendi yang longgar menjadi ketat kerana terlekat antara satu sama lain.
Ruang sendi bahu semakin mengecil, kapsul melekat dan ligamen mengetat pada kedudukan rehat.
Keadaan ini mengehadkan keupayaan bahu untuk bergerak dan menyebabkan bahu membeku.
Sindrom bahu beku juga berpotensi terjadi apabila seseorang tidak menggunakan bahunya yang sakit atau menggunakannya sekali-sekala sahaja.
“Apabila digerakkan, pesakit akan berasa sakit. Jadi, mereka lebih selesa menggunakan tangan yang sebelah lagi. Oleh kerana lama tidak digunakan, ia boleh menyebabkan keradangan.
“Sekiranya seseorang mendapat kecederaan seperti patah tangan atau menjalani pembedahan tetapi tidak menggerakkan tangan seperti yang diarahkan doktor, keadaan bahu beku juga boleh terjadi,” kata Siti Farah.
Menurut kajian pakar ortopedik, pesakit kencing manis mempunyai risiko sehingga empat kali ganda mengalami sindrom bahu beku berbanding individu biasa. Malah ia juga lebih sukar untuk sembuh.
Di Malaysia, kira-kira 15 hingga 20 peratus daripada penduduknya menderita masalah bahu beku.
“Faktor lain bahu beku termasuklah usia iaitu berumur 40 tahun ke atas, penyakit sistematik seperti tiroid, kardiovaskular dan Parkinson.
“Walaupun begitu, penyakit bahu beku boleh pulih sendiri selepas mengalami kesakitan dalam jangka masa panjang.
“Untuk rawatan yang lebih berkesan, pesakit boleh mendapatkan terapi fizikal seperti regangan dan senaman tetapi dengan syarat ia dilakukan pada peringkat awal lagi,” ujar Siti Farah.








Sumber:kosmo





***ME IN KOSMO 2010 -TOPIK FROZEN SHOULDER,THIS IS WHILE MY COMPANY SUB-CONTRACT WITH ALPHA SPECIALIST CLINIC.BUT NOW MY COMPANY NO MORE WITH ALPHA SPECIALIST OUR CONTRACT ENDED IN 2010.***

Comments

Popular posts from this blog

CERVICAL SPONDYLOSIS (SAKIT TULANG LEHER)

CERVICAL SPONDYLOSIS Spondylosis serviks adalah keadaan yang biasa degeneratif (proses penuan tulang) menjejaskan tulang belakang serviks (tengkuk). Dalam kebanyakan kes, spondylosis serviks berlaku apabila cakera intervertebral menjadi nipis dengan usia atau kesan  kecederan seperti kemalangan beberapa tahun sebelumnya. Simptom-Simptom Terdapat banyak gejala yang biasanya disebabkan oleh spondylosis serviks, termasuk kebas di lengan, sakit di sekitar leher, sakit kepala dan pening, muntah, leher kekakuan(stiffness), dan mengurangkan pergerakan leher, dan lain-lain. Punca utama spondylosis serviks adalah postur yang buruk dalam tempoh yang panjangpada bila-bila masa.terutama sekali apabila anda banyak mengadap komputer terlalu lama (desk work). Kesakitan mungkin menjadi lebih teruk: Selepas berdiri atau duduk Pada waktu malam Apabila anda bersin, batuk, atau ketawa Apabila anda membengkok leher belakang atau berjalan lebih daripada beberapa ela sahaja An...

PLANTAR FASCIITIS / SAKIT TUMIT / SAKIT TAPAK KAKI / HEEL PAIN /SAKIT TUMIT

PLANTAR FASCITIS / HEEL PAIN / SAKIT TUMIT Minggu lepas kami merawat ramai pesakit yang mengadu sakit di tapak kaki atau tumit . Jom saya terangkan serba sedikit tentang sakit yang menganggu anda ni. Plantar fasciitis biasanya menyebabkan sakit menusuk yang biasanya berlaku dengan langkah pertama anda pada waktu pagi. Semasa anda bangun dan bergerak lebih jauh, sakit biasanya berkurangan selapas itu , tetapi ia mungkin akan kembali lagi atau selepas banyak membuat aktiviti  seperti berjalan atau berlari atau bangun duduk. SIMPTOM Plantar fasciitis biasanya menyebabkan sakit menusuk di bahagian bawah kaki anda berhampiran tumit. Kesakitan akan meningkat apabila anda melangkah jalan pada waktu pagi selepas bangun tidur, tetapi kadang kala berdiri atau bangkit dari duduk juga boleh menyebabkan kesakitan. Kesakitan biasanya lebih teruk selepas rutin senaman, pada waktu anda melakukan aktiviti anda tidak akn merasa kesakitan tetapi dia akan datang selepas and...

SCOLIOSIS EXERCISE THERAPY/RAWATAN TULANG BENGKOK/SENAMAN SAKIT TULANG BELAKANG

SCOLIOSIS S CURVE THORACIC AND LUMBAR / TULANG BELAKANG BENGKOK 18 TAHUN MALE Salah 1 teknik rawatan yang saya akan beri kepada pesakit ialah 1 to 1 coaching exercise therapy.. teknik exercise therapy sangat berbeza dengan exercise for fitness .. exercise therapy ialah sesuatu yang pendekatan yang lebih kepada pergerakan latihan rawatan, di dalam video ini saya sedang mengajar pesakit saya ini postural exercise therapy bagi mengurangkan tulang belakang bengkok /scoliosis.. Jika anda mempunyai masalah yg sama boleh book appoinment anda hari ni ,supaya dapat mengelakan lagi banyak komplikasi pada masalah fizikal anda. ✔》sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan bersama kami , anda boleh datang ke klinik kami dialamat FARAH PHYSIOTHERAPY Pusat Aquatik Darul Ehsan Tingkat Bawah Bilik VIP Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor . 》๐Ÿ“ž๐Ÿ“ž atau anda boleh membuat temujanji bersama kami di nombor www.wasap.my/60163216704 /PHYSIO (...