Skip to main content

TOPIC:TEKNIK TEPOK DAN "POSTURAL DRAINAGE BAYI



BATUK dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.
Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.
Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.
Syabas kepada ibu bapa yang sanggup melakukan yang terbaik demi kesihatan anak mereka, tapi alangkah lebih bagusnya jika mereka mengetahui tentang teknik fisioterapi yang terbukti boleh memberikan bayi lebih kelegaan daripada masalah batuk dan selesema yang dihadapi.
Pakar Fisioterapi dari Pusat Perubatan Pakar Alpha, Siti Farah Aini Jamaludin berkata, bayi di bawah usia dua tahun memang kerap mengalami bronchospasm iaitu bengkak dan pengecutan dalam paru-paru.
"Simptom penyakit ini seperti batuk, demam, selesema dan sesak nafas. Penyakit ini boleh juga dialami oleh orang dewasa tapi lebih bermasalah jika ia menyerang bayi kerana mereka tidak berupaya mengeluarkan kahak sendiri," ujarnya ketika ditemui di klinik fisioterapinya di Pusat Perubatan Pakar Alpha, Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.
Pengalaman
Berdasar pengalamannya selama lebih tujuh tahun melakukan fisioterapi di pusat-pusat perubatan sebelum ini, kanak-kanak di bawah usia lima tahun sering berhadapan dengan masalah bronkitis atau bronkospasm.
"Ibu bapa biasanya akan merujuk anak mereka ke hospital apabila mendapati anak mereka menghadapi masalah pernafasan seperti hidung tersumbat, pernafasan berbunyi serta simptom seakan penyakit asma.
"Sebenarnya jika ibu atau bapa mempunyai sedikit ilmu fisioterapi, mereka boleh mempraktikkan kepada bayi mereka agar tidak mudah berlaku jangkitan lain terhadap bayi.
"Sebagai contoh, jika bayi mengalami hidung tersumbat dan batuk berkahak dan di rumah memang tidak mempunyai mesin sedut hingus, ibu bapa boleh mencuba teknik tepukan yang dinamakan percussion ke atas bayi mereka.
"Caranya mudah, pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
"Ibu atau bapa pula bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
"Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekali gus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka," jelas Siti Farah.
Siti Farah mengingatkan ibu bapa, sebelum memulakan teknik tepukan percussion ini, pastikan anak tidak minum susu sejam atau setengah jam sebelum bagi mengelakkan muntah.
Siti Farah berkata, bayi yang kesnya dirujuk ke fisioterapi oleh doktor, biasanya akan melalui fisioterapi pada bahagian dada.
"Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor pula untuk melambatkan bakteria, manakala nebulizer adalah untuk membuka saluran pernafasan bayi yang sempit.
"Kombinasi tiga elemen iaitu ubat, nebulizer dan fisioterapi merupakan kaedah yang lazim dilakukan di hospital ke atas bayi yang menghadapi masalah tersebut," katanya.
Menurut Siti Farah lagi, apabila bayi diserahkan kepada ahli fisioterapi mereka akan dibedung dan teknik tepukan untuk melonggarkan kahak akan dibuat.
Selepas tepukan, mesin penyedut kahak akan digunakan bagi membantu bayi mengeluarkan kahak dan hingus mereka.
"Saya memang faham perasaan ibu yang menangis dan tidak sanggup melihat bayi mereka melalui prosedur tersebut. Tetapi ibu atau bapa perlu tahu, proses tersebut tidak menyakitkan ia cuma tidak selesa pada bayi dan kita sukar untuk mententeramkan bayi.
"Adakalanya juga ketika proses menyedut kahak dan hingus akan keluar bersama sedikit darah, ibu bapa jangan panik. Mereka perlu faham keadaan tersebut berlaku kerana saluran pernafasan anak terlalu sempit dan masih lembut.
"Apabila anak meronta, ia hanya akan menyebabkan kesukaran kepada bayi itu sendiri juga mendatangkan kerisauan kepada si ibu yang melihatnya," ujar Siti Farah.

Sumber: Utusan Malaysia



THIS IS ME IN UTUSAN MALAYSIA ARTICLE..



"POSTURAL DRAINAGE"
postural drainage di sini bermaksud melibatkan meletakkan kanak-kanak dalam kedudukan tertentu, yang ditentukan oleh bentuk paru-paru untuk membolehkan graviti untuk membantu mengalirkan rembesan ke arah mulut. Dalam beberapa jangkitan dada, hanyabahagian tertentu (lobus) paru-paru mempunyai rembesan yang berlebihan, manakaladalam jangkitan lain kebanyakkan atau semua bahagian paru2 akan affected.
selepas kta melatakn kanak2 itu seperti di gmbrajah kita boleh melakukn proses clapping/percusion iaitu menepuk2 paru2 knk2 itu supaya kahak mereka longgar..kaedah ini juga sesuai untuk org dewasa...
biasanye bila kita dah tepok paru2 mereka dlm tempoh tertentu mereka akn batuk atau muntah ataupon di waktu ini lah plg sesuai kita melakukan suction baby mengunakn tiub (mesin) ...dan dengan teknik ini dpt membantu ank2 anda untuk tidor dgn lebih lena dan bergerak aktif...




SELAMAT MENCUBA






K.R.U. SPORT INJURY AND PHYSIOTHERAPY CENTRE
(OWNED BY FARAH PHYSIOTHERAPY)
TINGKAT BAWAH BANGGUNAN HAMIDAH,JALAN CEMPAKA ,KAMPUNG RAJA UDA ,42000,PELABUHAN KLANG ,SELANGOR.
operation time :
isnin-jumaat : 9:30am-5:30pm
sabtu:9:30-1:30pm
ahad dan cuti am tutup

UNTUK TEMUJANJI BOLEH HUBUNGI NO DI BAWAH


whats app/call/sms

016-321 6704 (puan farah/physio)
017-2428752(cik norsharilla /physio)


  • FB: fea fabulousity
  • PAGE FB :K.R.U SPORT INJURY AND PHYSIOTHERAPY CENTRE


Comments

Post a Comment

Berminat untuk keterangan lanjut hubungi saya melalui whatsapp
www.wasap.my/60163216704

Popular posts from this blog

CERVICAL SPONDYLOSIS (SAKIT TULANG LEHER)

CERVICAL SPONDYLOSIS Spondylosis serviks adalah keadaan yang biasa degeneratif (proses penuan tulang) menjejaskan tulang belakang serviks (tengkuk). Dalam kebanyakan kes, spondylosis serviks berlaku apabila cakera intervertebral menjadi nipis dengan usia atau kesan  kecederan seperti kemalangan beberapa tahun sebelumnya. Simptom-Simptom Terdapat banyak gejala yang biasanya disebabkan oleh spondylosis serviks, termasuk kebas di lengan, sakit di sekitar leher, sakit kepala dan pening, muntah, leher kekakuan(stiffness), dan mengurangkan pergerakan leher, dan lain-lain. Punca utama spondylosis serviks adalah postur yang buruk dalam tempoh yang panjangpada bila-bila masa.terutama sekali apabila anda banyak mengadap komputer terlalu lama (desk work). Kesakitan mungkin menjadi lebih teruk: Selepas berdiri atau duduk Pada waktu malam Apabila anda bersin, batuk, atau ketawa Apabila anda membengkok leher belakang atau berjalan lebih daripada beberapa ela sahaja An...

PLANTAR FASCIITIS / SAKIT TUMIT / SAKIT TAPAK KAKI / HEEL PAIN /SAKIT TUMIT

PLANTAR FASCITIS / HEEL PAIN / SAKIT TUMIT Minggu lepas kami merawat ramai pesakit yang mengadu sakit di tapak kaki atau tumit . Jom saya terangkan serba sedikit tentang sakit yang menganggu anda ni. Plantar fasciitis biasanya menyebabkan sakit menusuk yang biasanya berlaku dengan langkah pertama anda pada waktu pagi. Semasa anda bangun dan bergerak lebih jauh, sakit biasanya berkurangan selapas itu , tetapi ia mungkin akan kembali lagi atau selepas banyak membuat aktiviti  seperti berjalan atau berlari atau bangun duduk. SIMPTOM Plantar fasciitis biasanya menyebabkan sakit menusuk di bahagian bawah kaki anda berhampiran tumit. Kesakitan akan meningkat apabila anda melangkah jalan pada waktu pagi selepas bangun tidur, tetapi kadang kala berdiri atau bangkit dari duduk juga boleh menyebabkan kesakitan. Kesakitan biasanya lebih teruk selepas rutin senaman, pada waktu anda melakukan aktiviti anda tidak akn merasa kesakitan tetapi dia akan datang selepas and...

SCOLIOSIS EXERCISE THERAPY/RAWATAN TULANG BENGKOK/SENAMAN SAKIT TULANG BELAKANG

SCOLIOSIS S CURVE THORACIC AND LUMBAR / TULANG BELAKANG BENGKOK 18 TAHUN MALE Salah 1 teknik rawatan yang saya akan beri kepada pesakit ialah 1 to 1 coaching exercise therapy.. teknik exercise therapy sangat berbeza dengan exercise for fitness .. exercise therapy ialah sesuatu yang pendekatan yang lebih kepada pergerakan latihan rawatan, di dalam video ini saya sedang mengajar pesakit saya ini postural exercise therapy bagi mengurangkan tulang belakang bengkok /scoliosis.. Jika anda mempunyai masalah yg sama boleh book appoinment anda hari ni ,supaya dapat mengelakan lagi banyak komplikasi pada masalah fizikal anda. ✔》sekiranya anda ingin mendapatkan rawatan bersama kami , anda boleh datang ke klinik kami dialamat FARAH PHYSIOTHERAPY Pusat Aquatik Darul Ehsan Tingkat Bawah Bilik VIP Jalan Aerobik 13/43, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor . 》๐Ÿ“ž๐Ÿ“ž atau anda boleh membuat temujanji bersama kami di nombor www.wasap.my/60163216704 /PHYSIO (...