PLANTAR FASCITIS / HEEL PAIN / SAKIT TUMIT
Minggu lepas kami merawat ramai pesakit yang mengadu sakit di tapak kaki atau tumit . Jom saya terangkan serba sedikit tentang sakit yang menganggu anda ni.
Plantar fasciitis biasanya menyebabkan sakit menusuk yang biasanya berlaku dengan langkah pertama anda pada waktu pagi. Semasa anda bangun dan bergerak lebih jauh, sakit biasanya berkurangan selapas itu , tetapi ia mungkin akan kembali lagi atau selepas banyak membuat aktiviti seperti berjalan atau berlari atau bangun duduk.
SIMPTOM
Plantar fasciitis biasanya menyebabkan sakit menusuk di bahagian bawah kaki anda berhampiran tumit. Kesakitan akan meningkat apabila anda melangkah jalan pada waktu pagi selepas bangun tidur, tetapi kadang kala berdiri atau bangkit dari duduk juga boleh menyebabkan kesakitan. Kesakitan biasanya lebih teruk selepas rutin senaman, pada waktu anda melakukan aktiviti anda tidak akn merasa kesakitan tetapi dia akan datang selepas anda berehat dari aktiviti seperti berlari ,berdiri terlalu lama atau berjalan terlalu lama
Punca SAKIT
Kebiasaannya, fascia plantar anda bertindak seperti absorber yang menyerap kejutan, yang menyokong lengkungan di kaki anda. Jika ketegangan dan stres pada absorber itu menjadi terlalu terbeban, koyakan halus boleh terjadi di fascia. keteganggan dan koyakan ini boleh menyebabkan fascia menjadi keradangan.ini akan mengakibatkan kesakitan akan terjadi dan kaki akn mulai panas dan kurang selesa.
SIAPAKAH YANG BERISIKO MENGHADAPI?
Walaupun plantar fasciitis boleh timbul tanpa sebab yang jelas, faktor yang boleh meningkatkan risiko anda mengalami plantar fasciitis termasuk:
Faktor Umur.
Plantar fasciitis kebiasaanya di hidapi pesakit di antara umur 40 dan 60 tahun
Sesetengah Jenis senaman.
Aktiviti yang menimbulkan banyak tekanan pada tumit dan tisu kaki, seperti lari jarak jauh (marathon,ironman,trail run) aktiviti lompat balistik, tarian balet dan tarian aerobik - boleh menyumbang kepada jangkitan awal plantar fasciitis.
Mekanik kaki /Bentuk kaki.
Tapak kaki rata, mempunyai arch atau pemukaan tapak yang tinggi atau bahkan mempunyai corak yang tidak normal akan mempengaruhi corak atau patern berjalan seseorang,ia juga boleh mempengaruhi bagaimana sesorant itu meletakkan berat badan pada tapak kaki apabila anda berdiri dan menambah tekanan pada plantar fascia.
Obesiti.
Lebihan berat badan akan meletakkan tekanan tambahan pada fascia plantar anda.
Pekerjaan
Pekerjaan yang banyak berdiri seperti :
Pekerja kilang, guru dan individu yang menghabiskan sebahagian besar jam kerja mereka berjalan atau berdiri di atas permukaan keras, boleh merosakkan fascia plantar mereka.
Komplikasi
Mengabaikan kesakitan plantar fasciitis boleh mengakibatkan sakit tumit kronik yang menghalang aktiviti biasa anda. lama kelamaan anda akan Mengubah cara anda berjalan untuk mengurangkan kesakitan,ini akan mengakibatkan plantar fasciitis mungkinmenjadi sebab anda mengalami masalah kaki, lutut, pinggul atau belakang.
Bagaimana Kami Boleh Bantu Anda?
Rawatan fisioterapi boleh membantu anda untuk mengurangkan kesakitan dengan pelbagai teknik rawatan
Hot/cold
Manual manipulation
Electrotherapy
Excercise therapy
Dll
Berminat nak membuat pemeriksaan lengkap tentang kaki anda boleh datang ke :
Farah Physiotherapy Centre Pusat Aquatik Darul Ehsan
Tingkat Bawah Bilik VIP
Jalan Aerobik 13/43,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam,
Selangor 016-321 6704
Atau wasap saya terus untuk keterangan lanjut
"Agen poker terbesar dan terpercaya ARENADOMINO.
ReplyDeleteminimal depo dan wd cuma 20 ribu
dengan 1 userid sudah bisa bermain 9 games
ayo mampir kemari ke Website Kami ya www.arenadomino.com
Wa :+855964967353
Line : arena_01
WeChat : arenadomino
Yahoo! : arenadomino"